Saturday, December 12, 2009

Ingatan bagi pelupa: Bangga, sombong ciri rakus tercela

ABUL-LAITS berkata: "Rakus itu ada dua macam, rakus yang tercela dan tidak tercela tetapi lebih baik ditinggalkan.

Rakus tercela ialah yang sampai melupakan kewajipan terhadap Allah atau mengumpulkan kekayaan untuk berbangga dan kesombongan.

Adapun yang tidak tercela iaitu tidak sampai meninggalkan kewajipan dan tidak bermaksud untuk kesombongan. Sebab antara sahabat juga ada yang kaya raya dan tidak dicela atau dilarang oleh Rasulullah SAW.
Abud-Dardaa' menyebut rakus yang tercela iaitu menyebabkan mengabaikan perintah dan kewajipan terhadap Allah.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Hafsah binti Umar berkata kepada ayahnya (Umar): "Sungguh Allah memberi kepadamu kebaikan sebanyak-banyaknya, dan melapangkan rezekimu maka jika engkau makan yang lebih baik daripada makananmu yang biasa dan memakai lebih halus daripada pakaian biasa."

Umar menjawab: "Saya akan mengajak engkau bertahkim kepada dirimu sendiri, lalu Umar mengingatkan keadaan Rasulullah SAW yang diketahui sendiri oleh Hafsah sehingga Hafsah menangis, kemudian Umar berkata: Saya mempunyai dua kawan, dan keduanya sudah menempuh jalan, maka jika saya menempuh jalan lain, maka tentu saya sampai ke jalan lain yang bukan jalan kedua kawanku itu, demi Allah saya akan sabar mengikuti kehidupan keduanya yang berat, semoga saya dapat mencapai kehidupan keduanya yang lunak dan puas."

Wednesday, December 2, 2009

Iblis Menangis Bila Orang Memberi Salam

Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur, maka kamu akan masuk syurga”.

Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam, semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak pernah dibayang oleh hati manusia.”

Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”

Sabda Rasulullah saw: “Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.”

Bertanya para sahabat: “Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?”
Sabda Rasulullah saw.:”Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka sesungguhnya ia telah memberi makan.

• 3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:”Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah kamu jawab.”

Ibnu Abbas ra berkata: “sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis, sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh: “Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan diampuni dosanya

Friday, November 20, 2009

Aurat Wanita Dari Firman Allah Dan Hadis Hadis Nabi

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, "Rasullulah saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka.” An-Nur : 31

5. Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. "Riwayat At-Thabrani, "Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah". Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah:” Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." Riwayat Muslim dan Bukhari.

7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya". Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya." An Nur : 31. Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

9. Mulut (suara)
pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan "Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Al Ahzab: 32.)

Sabda SAW, "Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." Riwayat Ibn Majah.

10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. " An Nur : 31.
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." Riwayat Al Bazzar.
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih - lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang." Al Ahzab : 59.

12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." Riwayat Bukhari dan Muslim.

TENTATIF PROGRAM MINGGU UNDANG-UNDANG




Thursday, November 19, 2009

10 SERUAN BUMI KEPADA MANUSIA

  1. wahai manusia, engkau berlari-lari dibelakangku, tempat kembalimu adalah didalam perutku.
  2. engkau melakukan maksiat diatas belakangku, engkau akan disiksa didalam perutku.
  3. engkau ketawa diatas belakangku, engkau akan menangis didalam perutku.
  4. engkau bergembira diatas belakangku, engkau akan bersedih didalam perutku.
  5. engkau mengumpulkan harta diatas belakangku, engkau akan menyesal didalam perutku.
  6. engkau memakan yang haram diatas belakangku, engkau akan dimakan oleh ulat-ulat didalam perutku.

MINGGU UNDANG-UNDANG

ASSALAMUALAIKUM !!!!!!!!
kepada warga KUIS persatuan mahasiswa undang-undang akan mengadakan minggu undang-undang, program ini adalah program sulong yang mana bertujuan untuk mendekatkan semua warga kuis kepada undang-undang agar mereka memahami serba sedikit tentang yang berkaitan undang-undang tanpa kita sedari kita dikelilingin undang-undang. terdapat banyak program yang dirancang oleh persatuan undang-undang antara programnya ialah forum undang-undang, kekuatan undang-undang di malaysia dan banyak lagi. di bawah dinyatakan yang berkaitan program :

masa : 1 - 4 DESEMBER 2009
tempat : akademik islam & audi
sasaran : terbuka kepada semua pelajar dan diwajibkan kepada pelajar SMSU & DSPI.